Sunday, November 30, 2008

Lelaki idamanku…

Lelaki idamanku, Adalah seorang lelaki yang beriman, Yang dihatinya disaluti rasa takwa kepada Allah, Yang jiwanya penuh penghayatan Islam, Yang sentiasa haus dengan ilmu, Yang sentiasa mengejar akan pahala, Yang solatnya adalah maruah dirinya, Yang tak pernah takut untuk berkata benar, Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah. Lelaki idamanku, Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya, Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang, Yang mempunyai ramai kawan, Dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang. Lelaki idamanku, Adalah lelaki yang menghormati ibunya, Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga, Yang bakal memimpin anak isteri mendalami Islam, Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, Kerana dunia baginya rumah sementara menuju akhirat. Lelaki idamanku, Yang bersedia menjadi imam Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah Yang boleh diajak berbincang dan berbicara Yang menjaga hartanya dari berbelanja, Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ilahi keatasnya. Lelaki idamanku, Tidak pernah membazirkan masa, Matanya kepenatan kerana penat membaca, Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir, Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, Bangunnya subuh penuh kecergasan, Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan. Lelaki idamanku, Sentiasa mengingati mati, Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, Yang mana buah kehidupannya perlu dibaja dan dijaga, Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik, Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian. Lelaki idamanku, Adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga, Dan dia ingin membawaku bersamanya,

No comments: