Tuesday, December 9, 2008

salam aidiladha

selamat hari raya aidiladha... 10 zulhijjah 1429H bersamaan 10.12.2008....sye n adik beradik beraye di kajang,selangor..x meriah pun raye kat selgr cam x raye je..nk bt cmne x de org kat kg..huhu.. raye kali ni lak hujan x henti2....raye dlm hujan la..xpe hujan itu rahmat dr Allah...nk cite ape l ek..pasal juadah lak..erm..ade nasi minyak,nasi impit..bt la jugak kek..kek batik n agar2 jagung..lupe nk amik pic...huhu..layan je la pic2 hri rya puasa thn ni aci je la yer hehe..x amik pic pun utk rye haji..

Tuesday, December 2, 2008

Haji akbar: hakikat dan kepercayaan

SETIAP kali apabila hari wuquf jatuh pada hari Jumaat, umum umat Islam menganggapnya sebagai Haji akbar. Ini mungkin berdasarkan hari wuquf Rasulullah ketika haji wada’ yang juga berlaku pada hari Jumaat. Perkataan Haji akbar disebut di dalam al-Quran yang bermaksud: Dan (Inilah) suatu pemakluman daripada Allah dan rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji akbar bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripada orang-orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, Maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, Maka Ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah. Dan beritakanlah kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih. (at-Taubah: 3) Para Mufassirin (ahli tafsir) berbeza pendapat tentang yang dimaksud dengan Haji akbar, ada yang mengatakan hari Nahar, ada yang mengatakan hari Arafah. Kebanyakan Mufassirin seperti Ibn kathir, al Sa’diyy, al Syanqitiyy, al Qurtubiyy dan al Tabariyy cenderung menyatakan Haji akbar adalah hari raya haji ataupun hari Nahar. Sungguhpun begitu yang dimaksud dengan Haji akbar di dalam ayat ini adalah haji yang terjadi pada tahun kesembilan Hijrah. Tidak ada seorang pun ahli tafsir yang berpandangan Haji akbar adalah haji yang wuqufnya jatuh pada hari Jumaat. Haji akbar Kebanyakan ahli fikah atau Jumhur Fuqaha berpandangan Haji akbar adalah hari Nahar atau Hari Raya Haji. Ini lantaran kebanyakan amalan haji seperti melontar di Jamratul Kubra, bergunting, tawaf Ifadhah dan saie mula ditunaikan para jemaah haji pada hari Nahar. Tokoh besar fiqh di dalam Mazhab Syafiee, Imam al Nawawiy menyatakan: “Humaid menyatakan hari nahar adalah hari Haji akbar, ini kerana qaul Abi Hurairah, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam sahih kedua-duanya…. Ini kerana kebanyakan manasik dilakukan pada hari tersebut, adapun orang yang mengatakan Haji akbar adalah hari arafah mereka berhujahkan hadis ‘haji adalah arafah’ tetapi hadis Abu Hurairah menolak pandangan ini. Al Qadhi ‘Ayyadh menukilkan yang Haji akbar menurut Mazhab Malik adalah hari Nahar, manakala menurut Mazhab Syafiee adalah hari Arafah. Realitinya adalah di sebalik apa yang beliau nyatakan, bahkan Mazhab Syafiee dan Ashabnya adalah hari Nahar seperti yang telah disebut wallahu ‘alam. Shamsuddin al Sarkhasiyy seorang tokoh daripada Mazhab Hanafi menyatakan: “Tawaf ziarah adalah rukun haji dan dia adalah Haji akbar pada takwil firman Allah: surah Taubah ayat ketiga. Waktunya adalah pada hari Nahar”. Fuqaha Maliki juga menyatakan perkara yang sama, umpamanya Muhammad ibn Yusuf menyatakan: “Malik berkata: hari Nahar adalah hari Haji akbar”. Tersebut di dalam al Mughniyy ‘ala Mukhtasar Al Kharqiy sebuah karya besar di dalam Mazhab Hanbali: Fasal: Hari Haji akbar adalah hari Nahar, Sesungguhnya Rasulullah telah berucap pada hari nahar dengan berkata, “Inilah hari Haji akbar”. Dinamakan demikian kerana banyaknya amalan haji yang ditunaikan pada hari tersebut dari wuquf di Masy’ar, bertolak ke Mina, melontar, menyembelih, bercukur, tawaf ifadhah dan kembali ke Mina untuk bermalam...” Berdasarkan paparan di atas jelas kepada kita bahawa Haji akbar menurut fuqaha keempat-empat mazhab utama di dalam Islam adalah Hari Nahar. Haji akbar menurut muhaddithin Di sini dinukilkan beberapa pandangan Muhaddithin berkenaan dengan Haji akbar. -Menurut Muhammad ibn ‘Ali al Shaukaniyy: “Sabdanya: (Hari Nahar) iaitu hari Haji akbar menurut pandangan yang sahih di dalam Mazhab Syafiee, Malik dan Ahmad...” -Abu al ‘Ala al Mubarakfuriyy menyatakan: “Telah terkenal di kalangan orang awam apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat, haji pada tahun itu adalah Haji akbar, tiada asal pada pandangan ini. Benar Razin telah meriwayatkan daripada Talhah bin Ubaidullah bin Karz secara mursal: “Sebaik-baik hari adalah hari Arafah apabila jatuh pada hari Jumaat, maka ia lebih utama daripada 70 kali haji di hari selain dari hari Jumaat”, demikianlah seperti yang terdapat di dalam Jamu’ al Fawaid dan ia adalah hadis mursal yang saya tidak dapati isnadnya”. -Menurut al Zarqaniyy pula: “...(setelah beliau menyebut hadis Razin tersebut)...al Hafiz telah mengkajinya dan menyatakan: aku tidak mengetahui halnya kerana ia tidak menyebut dua sahabat yang meriwayatkan hadis ini dan tidak mentakhrijnya….. dan di dalam al Hadyu karangan Ibn al Qayyim: Apa yang tersebar di atas lidah orang awam yang wuquf pada hari Jumaat menyamai 72 kali haji adalah riwayat yang palsu/batil tidak ada asalnya dari Rasulullah SAW juga tidak daripada mana-mana sahabat ataupun Tabiein”. -Al Imam Ibn Hajar Al Asqalaniyy ketika mensyarahkan hadis berkenaan penurunan ayat Allah dalam surah al-Maaidah ayat 3 yang bermaksud: Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu..., dengan katanya: “... Hadis ini menjadi dalil kepada keistimewaan wuquf pada hari Jumaat berbanding dengan hari-hari lain, kerana Allah SWT telah memilih bagi Rasul yang terbaik dan amalan itu mulia dengan kemuliaan masa dan tempat. Hari Jumaat pula adalah sebaik-baik hari dalam seminggu, kerana padanya, terdapat satu saat yang mustajab padanya doa lebih-lebih lagi bagi qaul yang mengatakan ia selepas asar. Adapun hadis yang disebut oleh Razin secara marfu’ di dalam Jami’nya: “Sebaik-baik hari adalah hari Arafah apabila jatuh pada hari Jumaat, maka ia lebih utama daripada 70 kali haji di hari selain dari hari Jumaat. Aku tidak mengetahui halnya kerana ia tidak menyebut dua sahabat yang meriwayatkan hadis ini dan tidak mentakhrijnya... secara keseluruhannya dari kedua-dua- nya ia mensabitkan kelebihan dengan yang demikian itu, Wallahu ‘alam”. Berdasarkan pandangan-pandangan yang dipaparkan jelas kepada kita yang mengHaji akbarkan wukuf pada hari Jumaat adalah suatu yang tidak mempunyai asas yang kuat. Namun kelebihan wuquf pada hari Jumaat adalah suatu yang sabit dan diakui. Kesimpulan Paparan ringkas ini menunjukkan realitinya Haji akbar datang pada setiap tahun dengan datangnya hari Nahar iaitu Hari Raya Haji. Ia menjadi agung dan besar dengan keagungan amalan haji dan korban yang dilakukan oleh umat Islam pada hari tersebut. Wuquf pada hari Jumaat pula adalah suatu keistimewaan yang amat besar kerana ia menghimpunkan keutamaan hari wuquf dan hari Jumaat di samping keutamaan beribadat di Padang Arafah. Wallahu ‘alam. sumber: utusan Malaysia

Sunday, November 30, 2008

30 larangan terhadap wanita..

1. Menyambung rambut palsu 2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi 3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi 4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain 5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama 6. Membuka rahsia hubungan suami isteri 7. Berpuasa sunat tanpa izin suami 8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami 9. Derhaka kepada suami 10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas 11. Mengingkari kebaikan suami 12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram 13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya 14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram 15. Menyerupai lelaki 16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami 17. Memandang aurat wanita lain 18. Keluar rumah tanpa ada keperluan 19. Masuk permandian awam 20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah 21. Meratapi kematian 22. Berhias atas meninggalnya seseorang 23. Menghantar jenazah 24. Mempercayai dukun dan peramal 25. Menyumpah anak-anak sendiri 26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim 27. Menganiaya pembantu 28. Mengganggu jiran 29. Minta cerai kerana suami sakit 30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Lelaki idamanku…

Lelaki idamanku, Adalah seorang lelaki yang beriman, Yang dihatinya disaluti rasa takwa kepada Allah, Yang jiwanya penuh penghayatan Islam, Yang sentiasa haus dengan ilmu, Yang sentiasa mengejar akan pahala, Yang solatnya adalah maruah dirinya, Yang tak pernah takut untuk berkata benar, Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah. Lelaki idamanku, Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya, Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, Yang tidak pernah bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang, Yang mempunyai ramai kawan, Dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang. Lelaki idamanku, Adalah lelaki yang menghormati ibunya, Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga, Yang bakal memimpin anak isteri mendalami Islam, Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, Kerana dunia baginya rumah sementara menuju akhirat. Lelaki idamanku, Yang bersedia menjadi imam Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah Yang boleh diajak berbincang dan berbicara Yang menjaga hartanya dari berbelanja, Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ilahi keatasnya. Lelaki idamanku, Tidak pernah membazirkan masa, Matanya kepenatan kerana penat membaca, Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir, Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, Bangunnya subuh penuh kecergasan, Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan. Lelaki idamanku, Sentiasa mengingati mati, Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, Yang mana buah kehidupannya perlu dibaja dan dijaga, Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik, Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian. Lelaki idamanku, Adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga, Dan dia ingin membawaku bersamanya,

Tuesday, November 25, 2008

ibu mithali..ibu sejati..

salam..nk share lgu nasyid yg sye suke ni...hehe.. best lgu ni terharu sgt byk sgt2 pengorbanan ibu kite kan2 dlm membesarkan ank2..huhu yelah..syurga dibwak tapak kaki ibu..

harapan..

salam... harapan kami semoga mak, ayah n jemaah2 haji Malaysia selamat pergi n pulang...dan dipermudahkan untuk menunaikan haji dan umrah..serta dpt haji yg mabrur ameeen...doa kami utk mereka tidak pernah2 putus..ibu bapa dpt membesarkan ank2 yg ramai tetapi belum tentu sorg ank dpt menjga ibu bapa terutamanya bile mereka dimamah usia..semoga sye menjadi ank yg solehah utk mak n ayah.

Monday, November 24, 2008

my parents..

salam..dh lme x edit blog ni..huhu..hri 2 balik kg sekejap coz my parents nk p haji.sye sampi kat kuala trg lbh kurang kul 5.30pg..rndunye pd kg sye..sbb dh lme x balik kg..last sye balik time rye puasa hri 2..semggu je balik..lepas 2 dtg balik shah alam..utk meneruskan perjuangan yg belum selesai.. my parenst p hji pada 19.11.08 ..huhu...ingt nk balik awl lg tp kesian lak kat akak ..x de org lak kt rumah..balik sekjp je la kg..huhu..sye sorg je yg balik lmbt..huhu adik beradik yg lain dh ade..akak sye nk balik jgk sebenarnye tp x shat lg..so kami ber8 je la sempt jupe my parents..huhu.. huhu sedih sgt2..first time my parents tgglkn kmi...bese2 nye kami yg tgglkn mereka..flight my parents pukul 7.20ptg n daftr kul 3.20 ptg..after check in...saat2 perpisahan antra kami dgn mak ayah.huhu..dah la hujan lebat..selebat air mata kami yg mengalir.. x sangka sye abg2 sye pun menangis terharu..akhirnye mak n ayah dpt jugak p mekah..ah maklumla kami org kg...tp alhmdulilah ank2 mak n ayah berjaya2 semua..hasil didikan mereka..sedih sob222...salam..

Tuesday, November 18, 2008

ank sedare bru..

alhmdulilah..sye dpt lg ank sedare bru..pompuan ank sedare yg ke 6...hehehe..now i have 3 niece n 3 nephew..ank sendri bile ek?kekeke..berangan je lebih sye ni..focus kat stdy dlu yer..3 thn lg ni...moga2 sye dpt harungi ujian dan cabarn dlm hidup as a student...melaluk je lebih..hehe..
tanggal 4 november kul wape entah yg pastinye pgi la..akak sye selmat melahirkan baby pompuan yg diberi nme nur anis zahidah..semoga anis jd ank yg solehah yer...teringt sye tentang 3 perkara yg tidak putus even kite telah meninggal dunia..1st ialah doa ank yg soleh solehah..so didiklah ank2 supya jd seorg ank yg baik..2nd ilmu yg bermanfaat..3rd..sedekah..
ank2 adalah harta kite dunia akhirat..so didik la mereka menjadi insan yg cemerlang dunia n akhirat..maybe kite x mmpu bg ilmu n sedekah..so didikla ank2 kite supaya mereka dpt mendoakan kite nnati insyaAllah...ameen...
pic anis..
nur anis zahidah...
ade mase sye uploadkan lg..nk kemas brg nk balik kg..errmm..x sabr nye..salam

Sunday, November 16, 2008

alhmdulilah..exm dh hbis..

segala puji bgiMu ya Allah.. syukur alhmdulilah final exm dh melabuhkn tirainye...hehe... utk sem ni sye amik 8 subjek tp yg ade finalnye only 5 subjek..hehe..tkut jugk even 5 subjek huhu..apepun dh selesai...tggu result je la nnti cmner..kan2?so far mals la tau fikir lg pasl result kite enjoy dlu yer2..hehe.. last pper hri 2 pada 10 nov 2008..pper calculus..lepas 2 rushing p kajang rumah akak sye..nk tgk ank sedare bru..hehe..antra ahli2 al bait kecek arab lok..entah betul entah tidak ni..dah lame tggal arabic..dlu kt sek siap belajo bahsa arab tnggi lgi hehe...result je x tggi2 huhu..sye la org yg terawl balik..rate2 housemate wat assgmnent academic skill dulu.. sye jugk la pening pala x tau nk stdy calculus ke nk wat assgmnt dlu..last2 wat la assgmnt dlu..jeles gak kawn2 dah stdy huhu...x pe2..nk bt cmne..akak sye mintak tolong suh sye cpt2 dtg rumah die...sbb rndu kt sye..keke...merepek je..die suh sye jge ank2 die la..ape ler..perasan lak ...akak sye rndukan sye... oklah yer..lgi byk tulis lag byk nk merapu n merepk n sewaktu dgnnye..ok..moga result utk sem ni mabruq jugak amiin..doakan sye...saalam..

Friday, November 14, 2008

1st posting...hehe...

salam...hehe alhmdulilah.. akhirnye hajat sye utk mempunyai blog sndiri tercapai jua..syukur pda Mu ya Allah...kerna dgn izinMu dapat juga hambuMu ini "berblog"...hehe..semoga dgn kehadirn blog "pendamba ilmu" akn menjadkn sye lebih "berilmu" insyaAllah..ameeen....